31 Jan 2014

Ketuk Pintu Rezeki Dengan Taubat.


Assalamuailaikum.
Rezeki = Taubat



Baginda s.a.w bersabda :

Daripada Al-Aghari bin Yassar Al-Muzani r.a berkata :
Rasulullah s.a.w bersabda :
Wahai sekelian manusia bertaubatlah kepada Allah s.w.t dan memohon keampunan ( istigfar ) kepadanya,
Sesungguhnya aku bertaubat seratus kali dalam masa sehari.
( Muslim no.2702/43 )

Hadis ini adalah dorongan buat umat manusia sekaliannya supaya bertaubat kepada Allah dan memohon keampunan kepada-Nya. Sedangkan baginda s.a.w yang maksum dan juga sebaik-baik penciptaan pun memohon keampunan atas dosanya yang telah lalu dan yang akan datang sebanyak seratus kali sebagai contoh buat ummatnya, inikan pula manusia yang sentiasa berlumuran dosa yang lebih perlu untuk berbuat demikian.
Taubat dan memohon keampunan yang berterusan ini bukan sahaja boleh menghapuskan dosa yang tampak zahir pada mata bahkan dosa-dosa yang tidak disedari kewujudannya seperti rasa hasad,riya’ dan sebagainya. Oleh itu insan yang mengharapkan kurniaan nikmat daripada Allah sepatutnya rasa malu dengan dosanya terlebih dahulu kemudian bertaubat, seterusnya barulah memohon kepada Allah ditunaikan hajat. Adapun bilangan istigfar yang disebutkan dalam hadis tidak menggambarkan bilangan secara khusus untuk diikuti oleh ummat ini tetapi menunjukkan kepada insan untuk sentiasa melaziminya.
Taubat  bermakna manusia kembali kepada Allah s.w.t,  peraturan-Nya dan hukum-Nya. Ia adalah perbuatan membuang dan mengosongkan diri  dari­pada  segala bentuk campuran yang buruk atau campuran yang  boleh merosakkan  jiwa. Taubat juga menjaga diri daripada percampuran nilai-nilai lain dan kembali kepada nilai-nilai Allahs.w.t  sahaja dalam setiap aspek kehidupan. Sekiranya seseorang itu termasuk ke dalam golongan orang-orang bertaubat kepada Allah s.w.t maka campuran itu tidak wujud lagi pada dirinya. Inilah sifat orang bertaubat.
Taubat  akan  menutup segala pintu kejahatan  dan membuka  pintu kebahagiaan serta  kebaikan.  Ini boleh dilakukan  dengan  cara beristigfar  kepada Allah dan mentauhidkan-Nya. Sesiapa  yang ingin menyihatkan badan hendaklah dia menjaga makan minum daripa­da  makanan  yang memudharatkan. Sesiapa yang ingin  menyihatkan jiwa dan hati maka hendaklah dia meninggalkan segala dosa.
Selain itu hadis ini juga menyarankan kita untuk senantiasa berusaha bertaubat walaupun dengan istighfar kerna manusia hakikatnya tidak tahu bila kematian datang menjemput. Justeru, wajar bagi seorang mukmin yang mengharapkan pengakhiran yang baik iaitu memperoleh syurga daripada Allah melazimi taubat.

Dan keredhaan Allah adalah lebih besar, itu adalah keberuntungan yang besar. (Quran; S. At-Taubah: 72).

Untuk meraih kebahagiaan, carilah kebaikan dalam setiap perkara dan orang dalam hidup kita. 

Kalau dia kurang rajin, baiknya dia selalu tersenyum. 
Kalau dia kedekut, baiknya dia tak pernah marah. 
Kalau dia garang, baiknya dia tak pernah malukan kita depan orang.

No comments: