Assalamualaikum,
Berhenti sejenak.
Dari kata lain Bermuhasabah Diri.
Doa adalah lagu hati yang membimbing ke arah singgahsana Allah meskipun
Ditingkah oleh suara ribuan orang yang sedang memohon.
Aku tidak mengetahui kebenaran yang sebenar.
Tetapi aku menyedari kebodohanku,
Dan dari situlah aku keluar dari kehidupanmu,
Untuk memperbetulkan kesilapan yang aku sedari.
Manusia tidak dapat menuai cinta sampai dia merasakan perpisahan yang menyedihkan,
Dan yang mampu membuka fikirannya,
Merasakan kesabaran yang pahit,
Dan kesulitan yang menyedihkan.
Cantiknya lukisan dengan calitan warna,
Kerana disebaliknya terselit seribu makna,
Indahnya kehidupan,
Walaupun bukan hanya sekadar kata kata.
Manis jangan terus ditelan,
Pahit jangan terus dibuang,
Harus kau renungkan.
Andai, kita beroleh bahagia,
Ingat itu bukan untuk selamanya.
Andai, kita dalam sengsara,
Ingat itu bukan untuk SelamaaaaNya.
Hidup ini semuaNya sementara.

No comments:
Post a Comment