Salam Isyak Hamba ALLAH.
Sambil tuh BACA JOmmmmm
CIRI REDHA SEORANG HAMBA.
Insya-ALLAH moga ianya bermanfaat didunia dan diakhirat. :D
1. Berserah Diri.
2. Meninggalkan Kehendak Diri.
3. Tidak Banyak Membantah.
4. Tidak Berandai-andai.
5. Tahan Terhadap Ujian Penderitaan.
6. Banyak Bersyukur.
(1) Berserah Diri.
ALLAH berfirman :
"Maka rahmat dari ALLAH yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepadaNya.
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh kepada ALLAH".
( Al-Haj: 34)
" Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan
dirinya kepada ALLAH, sedang dia pun mengerjakan kebaikan,
dan ia mengikuti agama Ibrahim yang lurus dan ALLAH mengambil Ibrahim
menjadi kesayanganNya,
( An-Nisa:125)
"Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama ALLAH, padahal kepadaNya
berserah diri segala apa yang di langit dan di bumi,
baik dengan suka mahupun terpaksa dan hanya Allahlah mereka dikembalikan.
(Ali-Imran 83)
Dari Bara Bin Azib r.a ia berkata : Rasulullah bersabda :
Wahai Fulan ! jika kamu hendak berbaring ditempat tidurmu hendaklah membaca:
Ya ALLAH ! aku tundukkan jiwaku kepadaMu,
aku arahkan wajahku kepadaMu, dan aku serahkan urusanku,
jiwaku berlindung kepadaMu, baik mahupun terpaksa,
tidak ada tempat berlindung dan tempat yang aman terkecuali perlindunganMu.
Aku beriman kepada kitabMu yang telah Engkau turunkan dan Beriman kepada
NabiMu yang Engkau Utus. Kerana sesungguhnya Engkau dengan kehendakMu,
apa yang aku boleh lakukan terhadapMu, tanpa izinMu !,
aku boleh sahaja mati di waktu malamMu,
dan jika aku mati di waktu malamMu aku berharap mati dalam keadaan fitrah.
Dan jikalau mati disaat pagi maka sesungguhnya akupun berharap akan memperoleh
kebaikan.
(Muttafaqun 'Alaih)
Nabi Musa kadangkala kalungnya mencekik,
Maka bersabarlah terhadapnya,
jangan gelisah hati dan bersedih pula,
Sampai dibebaskan dalam keadaan masanya,
kerana ia pasti akan bertambah mencekik
terhadap orang yang selalu gelisah.
(Kanzul'Ummal 3/752)
Ibnu Syubramah setiap kali ditimpa ujian,
ia selalu mengatakan :
Tidaklah ia itu terkecuali laksana awan datang kemudian lenyap.
(Risalah Al-Qusyairiah)
Al-Yafie berkata: Sempat terfikir dalam fikiranku,
ketika aku dalam keraguan ragu apakah mesti menjauhi orang-orang untuk mencari ilmu
atau menjafi seorang yang ahli ibadah ?
Kemudian aku mencurahkan perhatian terhadap kedua hal itu, tiba-tiba aku melihat
sebuah lembaran tulisan yang tidakpernah aku lihat sebelumnya
disana tertulis:
Berpaling kamu terhadap apa yang kamu curahkan perhatikannya
Kerana segala urusan telah ada yang mengatur sampai muncul ketetapanNya.
""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""
(2) Meninggalkan Kehendak Diri.
ALLAH berfirman:
"Mereka berkata:
"Apakah ada bagi kita barang sesuatu (campur tangan) dalam urusan ini".
Katakanlah: "Sesungguhnya urusan itu seluruhnya ditangan ALLAH.
(Ali Imran 154)
"Maka (yang sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka,
akan tetapi ALLAh yang membunuh mereka,
dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar,
tetapi ALLAH lah yang melempar"
(Al-Anfal:17)
Dari Anas r.a ia berkata: Rasulullah bersabda:
Jangan sekali-kali kalian mengharap kematian ketika ditimpa musibah,
jika musibah itu menimpa hendaklah membaca:
Ya ALLAH.
Hiduplah aku, jikalau hidup jauh lebih baik bagiku,
dan matilah aku jikalau meatian jauh lebih baik bagiku.
(Riyadhu Sholihin, Bab Karahatu Tamanni Al-maut)
Dari Abu Said Abdurrahman bin Samrah r.a nabi bersabda:
Wahai Abdurrahman bin Samrah !
janganlah kamu sekali-kali kamu meminta kekuasaan, kerana jika engkau
diberikan sesuatu diluar dari kemampuanmu,
kamu akan dicelakankan olehnya, dan jika kamu diberikan sesuatu dari kemampuanmu,
kamu akan bersandar untuk hal itu.
(H.R Muttafaq alaih)
Janganlah anda berlindung tentang suatu urusan kepada dirimu sendiri,
Sesungguhnya perlindungan yang paling utama adalah binasa denganKu.
Wujudkan urusan itu, kelak kamu akan dapati kami lebih berhak terhadapmu
dibandingkan diri kamu sendiri.
""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""
(3) Tidak Banyak Membantah.
ALLAH berfirman:
"Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat asal dari lumpuh hitan yang diberi bentuk".
Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannyam dan telah meniupkan ke dalam
ruh ciptaanKu, maka tunduk kamu kepadanya dengan bersujud".
Maka bersujudlah para malaikat itu semua bersama-sama".
Kecuali ? Iblis. Ia enggan ikut bersama-sama.
Kecuali ? Iblis. Ia enggan ikut bersama-sama.
Allah berfirman:" Hai iblis, apa sebabnya kamu tidak sujud ?,
Berkata iblis: Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada manusia yang Engkau
cipta dari tanah liat kering berasal dari lumpur hitam yang diberkan bentuh.
(Al-Hijr: 28-33)
"Dan di antara mereka ada orang yang mencelamu tentang pembahagian zakat.
jika mereka diberi sebahagian darinya, mereka bersenang hati dan jika mereka tidak diberikan,
serta merta mereka menjadi marah.
Dari Abu Said dan Ibnu Masud, Nabi bersabda:
Barangsiapa yang berasa marah dengan rezekinya, banyak mengeluh,
dan tidak boleh bersabar, maka tidak akan naik amalanya kepada ALLAH,
sedang ia akan bertemu dengan ALLAH, dalam keadaan ALLAH sedang marah kepadanya.
(Kanzul Ummal 1046)
Ayyub As-Sakhtiyani berkata:
Jikalau apa yang kamu kehendaki tidak pernah terwujud,
maka berpalinglah kepada apa yang akan terjadi.
(Qut Al-Niub 2/821)
Syagiq Al-Balkhy berkata:
Barangsiapa yang mengadukan musibah yang menimpa bukan kepada selain ALLAH,
selamanya ia tidak akan berasakan manisya taat.
Seorang laki-laki datang kepada Hasan Al-Bashry lalu berkata,
Wahai Abu Said ! jika anda sedikit minum, akan anda dahaga,
dan jika anda banyak makan, anda akan kenyang.
Kemudian Hasan Al-Bashry berkata:
Akut tidak melihat sedikitpun darimu terhadap dunia ini ke'sesuai'an,
jadi carilah kehidupan selain dari ini.
(Huliyyatul Auliya 10/20)
Biarkanlah orang-orang yang berpaling,
kerana tidaklah urusan itu milikmu,
Tidak juga hukum yang berada dalam pergerakan alam semesta,
Dan jangan pernah bertanya tentang ALLAH akan perbuatanNya,
Kerana barangsiapa yang mendalami kedalaman laut,
ia akan celaka.
*********************************************************************************
(4) Tidak Banyak Berandai-andai.
"Dan janganlah kamu irihati terhadap apa yang dikurniakan ALLAH kepada
sebahagiaan kamu libih banyak dari sebahagian yang lain.
Kerana bagi mereka ada bahagian dari apa yang mereka usahakan,
dan bagi begitu juga laki2 dan wanita.
Dan mohonlah kepada ALLAH sebahagian dari kurniaanNya.
Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui segala sesuatu.
(An-Nisa: 32)
Dari Ali r.a:
Dari Nabi, beliau berkata kepadaku: Apakah kamu ingin aku beri lima ribu binatang ternak
atau aku ajarkan kamu lima kalimat, yang dalam kalimat itu ada kebesaran bagi agama dan duniamu ?
Aku menjawab: Wahai Rasulullah ! Lima ribu binatang ternak adalah sangat banyak, akan tetapi
ajarkanlah aku kebesaran agama dan dunia. Kemudian Nabi berkata:
Katakanlah, Ya ALLAH , Ampunilah dosaku, luaskan agamaku, baguskan usahaku,
dan qanaahkan diriku terhadap apa yang telah Engkau rezekikan kepadaku,
dan janganlah Engkau palingkan hatiku kepada sesuatu yang bisa memalingkan dariMu.
Akan Bersambung ...
No comments:
Post a Comment