Semalam adalah kenangan, Hari ini adalah kenyataan, Esok adalah harapan.....IMAN itu bukan hanya harapan..ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan di buktikan dengan AMALAN.
Kita memang tidak sempurna,
Kita memang tidak sempurna,
Kita memang akan sentiasa ada melakukan kesilapan dan dosa,
Tetapi kita boleh memilihnya !
Sama ada sekadar tidak buat apa-apa membersihkan diri,
atau berusaha bermati-matian mencuci diri !
Ini semua ALLAH melihat dan menilaiNya.
BukankaH rugi jika kita hanya berdiam dan terus mengejar dunia ???
Maka aku bangkit,
tahu diri ini banyak kekurangan,
namun itu tidak aku jadikan halangan,
aku jadikan itu cabaran,
mencabar diri untuk mendaki lebih tinggi,
kerana aku yakin semuanya dikira Ilahi.
Terus menerus aku berusaha,
kerana usaha itu padaku tanda percaya,
percaya kepada Dia yang memberikan aku nyawa,
untuk kekal hidup dengan bermakna.
Hajat diri mahu menjadi cahaya,
kepada diri sendiri juga buat yang selainya,
walau tahu ada kegelapan juga di dalam jiwa,
namun kuharap ianya terbersih dengan usaha demi usaha.
tahu diri ini banyak kekurangan,
namun itu tidak aku jadikan halangan,
aku jadikan itu cabaran,
mencabar diri untuk mendaki lebih tinggi,
kerana aku yakin semuanya dikira Ilahi.
Terus menerus aku berusaha,
kerana usaha itu padaku tanda percaya,
percaya kepada Dia yang memberikan aku nyawa,
untuk kekal hidup dengan bermakna.
Hajat diri mahu menjadi cahaya,
kepada diri sendiri juga buat yang selainya,
walau tahu ada kegelapan juga di dalam jiwa,
namun kuharap ianya terbersih dengan usaha demi usaha.
Ada manusia diuji dengan ujian mental. Dia buat baik, dia buat itu, dia buat ini. Tapi tiada siapa pun menghargainya. Pendek kata masyarakat meminggir dan tiada siapa memahaminya.
Dan kalau dia lakukan sedikit kesilapan, seluruh dunia mencacinya ( Anggapan sahaja "." )
Tapi manusia sebeginilah yang diperlukan pada zaman sekarang, untuk memimpin kita atau sesiapa yang telah tersilap memilih jalan.
Tetapi hati manusia begin ( TeguH ) diterus mempertingkatkan RohaniNya, dan terus mengejar kemanisan dalam beribadaH.
Keajaban dalam memperjuangkan Agama ALLAH dan menyelamatkan Ummat Muhammad SAW.
Mereka tidak akan menyerah kalah !!!
Pernah dengan Sahabat-sahabat Nabi, Rasul-rasul yang lain, Wali-wali ALLAH, para Sadiqqin, atau pun tentera Islam.
Walau diuji, walau diseksa, walau dicaci dan dihina, walau seluruh alam tidak menerima mereka, mereka tetap memperjuangkanNya dan teguH pendirian.
SebabNya mereka tahu apa yang mereka lakukankan, apa yang mereka laksanakan sudah semestinya tidak ada yang salah disisi ALLAH SWT.
Kerana mereka sentiasa yakin, Dia sentiasa Ada, dan tidak pernah memungkiri janjiNya. Memahami mereka. tidak pernah bosan mendengar mereka. Sentiasa memerhati dan sentiasa mengira apa yang mereka lakukan.
Sebabnya, ALLAH jadikan penglihatan mereka jadi penglihatan ALLAH.
Pendengaran mereka jadi pendengaran ALLAH.
Pegerakkan mereka jadi pegerakkan ALLAH.
Itu lah Rahasia Suci.
Pentingnya Berguru dengan guru rohani ( Makrifat ) yang telah melaluinya dan berpengalaman.
Bila menjadi kekasih ALLAH.
Kekasih ALLAH itu kelihatan berbeza dari orang lain, tindakan atau tindak-tanduk mereka berbeza dari orang lain. Pada permulaan (perjalanan) menuju ALLAH, tatakala lagi masih di peringkat awal, tindak-tanduk mereka kelihatannya seimbang antara buruk dengan baik. Apabila mereka bertambah maju dalam suluk tau jalan mereka dan sampai ke peringkat pertengahan, tindak-tanduk mereka penuh dengan kebaikan.
Kebaikan yang mereka perolehi itu ialah hasil dari kepatuhan mereka kepada syariat ALLAH.
Mereka dipakai dengan pakaian cahaya (Nur Muhammad) yang berwarna-warni bersinar dari dalam diri mereka bersesuaian dengan peringkat mereka masing-masing di sisi ALLAH.
Setelah mereka dapat menakluki ego dan hawa nafsu dengan berkat kalimah zikir mereka dan mencapai peringkat diri yang dapat membezakan antara baik dan jahat, antara dosa dan pahala, mengutuk dosa dalam diri mereka dan inginkan kebenaran, maka cahaya langit biru akan bersinar keluar dari diri mereka. Mereka menjadi orang suci dari sisi ALLAH. Mereka menjadi para Wali. Mereka tidak memandang dunia lagi yang menjadi sumber kekotoran hati dan menarik mereka kepada dosa dan noda. Mereka kini cukup kenal akan Tuhan, dan terus meniti titian halus menuju ke hadhirat Tuhan yang Maha Esa Maha Berkuasa.
Apabila mereka dalam keadaan tersebut, maka dengan pertolongan dan ilham dari ALLAH, mereka akan memilih yang baik dan membuang yang salah lagi jahat, maka warna merah meliputi diri mereka. Suatu perubahan. berarti suatu peningkatan baru yang telah dapat ditingkati oleh orang yang meniti titian itu.
Sampai satu tahap kita akan mencapai tahap yang kita selalu lihat cahaya hijau, iaitu mencapai peringkat yang bersih dari segala sifat-sifat yang tidak baik dan lakukan yang berdosa dan mereka akan merasai suasana yang aman sentosa.
Apabial semua ego dan keinginannya dan semua kehendak diri sendiri kepada kehendak ALLAH dan rela dengan takdir ALLAH, maka cahaya Nur Muhammad dari hijau menjadi putih. Inilah oeringkat terakhir dalam peningkatan dan putih adalah lambang kebersihan dan kesucian diri.
Inilah perihal dari awal perjalanan hinggan mencapai kemanisan dan keenakan besama ALLAH.
Tetapi salik yang sampai melampaui sempadan ini tidak mempunyai bentuk atau rupa ataupun warna. Ia jadi suatu sinaran cahaya matahari.
"Bahawa dunia ini adalah penjara bagi orang-orang beriman."
No comments:
Post a Comment