7 Nov 2012

Jangan BersediH. Mencari Sakinah

Apabila kita asyik duduk termenung ,
memikirkan nasib diri di sini ...

Merenung jauh mereka di sana hidup ,
penuh keseronokan dan kegembiraan ...

Namun, kita tak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan 
yang sebenar-benarnya ...

Ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan atau kebahagiaan dalam hidupnya.
Selalu orang mengaitkan kebahagiaan itu dengan faktor harta, dengan faktor kekayaan.

Walaupun itu boleh menjadi penyumbang, tetapi itu bukan segala-galanya ...

Betapa ramai orang yg berada dlm rumah yg besar tidur di atas katil yg empuk tetapi dia tidak lebih enak ataupun tidur nya tidak nyenyak, Bahkan ada orang yg tidur di pondok buruk kadang-kadang dia lebih nyenyak berbanding kita.

Ada orang yg berada di hadapanya hidangan yg hebat, lauk pauk yg bagus tetapi lidahnya tidak enak. Lebih enak lagi orang yg makan kadang-kadang dgn satu dua mata lauk tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya.

Lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat.

Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar,ada makanan yg sedap tentulah hidupnya bahagia dan tenang.

Belum Tentu !

Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah SWT

Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kpd seseorang dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa sekalipun.
Jika Allah hendak menghalang kebahagiaan kpd seseorang dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun.

Jika Allah uruskan urusan kita dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita walaupun sekelip mata.

Di dunia boleh berbuat apa-apa tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah.

Jika Allah mengatur untuk kita apa yg orang sangka tewas, kita akan melihat kemenagan dari sisi Allah.
Apa yg orang rasa rugi, Allah akan memberikan keuntungan yg mana jalan2 manusia tak sangka.

Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah ...

Tengoklah dunia ini kadang-kadang manusia dia hilang sesuatu benda daripada dunia ini macam dia hilang segala-galanya.

Saya nak sebut , berapa banyak dalam hidup tuan-tuan telah melalui keperitan hidup ? 
Cuba Ingat.

Ketika kita kena keperitan, kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya !!!
Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yg baik.

Ketika kita ditimpa musibah tertentu kita kata '' Habislah aku kali ini'' Tapi usia kita telah berjalan. Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan hidupan ini.


Dan kita pun lupa kadang-kadang untuk bersyukur di atas pelbagai ranjang hidup yg telah Allah keluarkan kita daripadanya

HASBU NALLAH WANIKMAL WAKIL'' Cukuplah bagi kami Allah dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan.

Pengalaman sering mematangkan kita ...

Siapa yg tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya.
Orang yg pernah hidup dalam bertawakal dia akan mengetahui keajaiban bertawakal.
Bila hati insan BULAT-BULAT kepada Ya RABBI. '' Ya Allah aku serahkan urusan ini kepada Mu Ya Allah''

KITA SERING LUPA KITA MASIH PUNYA KEHIDUPAN DI AKHIRAT ...

Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat, dia akan merasakan dunia ini sangat kecil, Kehidupan ini sangat luas.

Nabi sebut di dalam hadis yg diriwayatkan oleh Imam Muslim :

Allah bawa pada hari akhirat manusia yg paling derita dlm dunia ini, Allah ambil dia Allah masukan dia kedalam syurga. Dia dicelukan sahaja kedalam syurga kemudian dia dikeluarkan, lalu ditanya : ''wahai fulan adakah kau pernah rasa serita dlm hidup di dunia ? Dia kata : ''Tak ! Aku tak pernah derita pun dalam hidup ini. Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, dia lupa cerita derita.

Allah ambil manusia yg paling bahagia dalam dunia ini. Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka, lalu dikeluarkan dia, Ditanya : Pernah kau merasa kebahagiaan dlm dunia ? Dia kata : ''Tak, aku tak pernah ada kebahagiaan pun dalam hidup ini'' Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka. Manusia lupa segala kisah kebahagiaan dalam hidupnya.


Masihkah kita teringat akan nikmat yg Allah berikan selama ini ?

Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru dan kita lupa bahawasanya apa yg ada pada kita ini suatu nikmat yg besar.

''Yang ada ini sudah harapan kita'' 

Bukan salah untuk kita mengharapkan yg belum ada tetapi jangan lupa yg telah ada !


Bersyukurlah wahai diri ini ...

Sebab itu sebahagiaan Para Sarjana menyebut ''syukur kadang kala tinggi makamnya daripada sabar.
Ramai orang terpaksa sabar tapi belum tentu orang yg dapat nikmat itu bersyukur.

''Ya Allah apa sahaja yg aku alami daripada nikmatMu daripada kurnian daripada sesiapa di kalangan hambaMu tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran.       .SUBHANALLAH.

Insan jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya. Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu.

Bila kita melihat hidup ini secar keseluruhan kita akan rasa MasyaAllah hidup ini apa yg Allah kurniakan kpd kita lebih dari harapan kita sebenarnya.

Tapi kalau ingat daripada hari kita dilahirkan sehingga tempat yg ada pada hari ini. MASYAALLAH. Tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu. 

Jangan bersedih, Sesungguhnya Allah bersama kita.