30 Nov 2012

Allah itu hampir, maka jangan kita pinggirkan.


Kehidupan ini adalah perjalanan dan destinasinya adalah Tuhan. Yang selamat adalah yang bersamanya bekalan dan yang gagal adalah yang sibuk dengan kealpaan.

Datang daripada Tuhan, balik kepada Tuhan, maka bagaimana kehidupan antara keduanya boleh dengan keingkaran?

Perjalanan ini terus berjalan, walau diri mahu berhenti. Kita tiada pilihan, selain mempertingkatkan diri. Maka marilah kita sama-sama melihat kepada hati dan mula memperbaiki.

Hidup ini tidak lama,
sejuta tahun pun bukannya apa-apa,
kalau tandingannya adalah selama-lamanya.

Selama-lamanya di syurga berjayalah kita. Selama-lamanya di neraka? Mari kita sedarkan jiwa.

"Bersabarlah akan godaan dunia, kerana kita tak akan mampu bersabar dengan azab api neraka."

Kebaikan itu perlu dipupuk, ia tidak bercambah secara ajaib.




Cinta yang sebenar itu adalah ingin bersama ke syurga,
apa-apa yang membawa ke neraka,
itu tidak akan sesekali cinta namanya.

Maka cintaNya yang pertama perlu dicari,
bukannya cinta manusia yang sibuk ditagih hingga ke mimpi !!!

Cakap I love You,
kemudian dilempar ke dalam api,
apa maknanya cakap I love You tadi ?
Macam itulah bila kita bercinta dengan cara melanggar peraturan Ilahi.

Sebut sahaja cinta,
tetapi tindakannya membawa ke neraka,
maka apakah maknanya?
Kata cinta.




Keyakinan akan jadi musuHHH,
apabila tidak bersama perancangan.

Orang lain takkan fikir apa yang kita paham,
dan orang lain takkan paham apa yang kita pikir.

No comments: