12 May 2014

WANITA YANG DIKAGUMI RAMAI.

Ketika berjalan disebuah kota Bashrah.
Al Atabi melihat seorang wanita yang sangat cantik sedang bergurau senda dengan seorang lelaki tua hodoh. Setiap kali wanita itu berbisik, lelaki tersebut pun ketawa.

Al Atabi yang pelik kemudian memberanikan diri bertanya kepada wanita itu " siapakah lelaki itu ? "
lalu wanita iu menjawab
" Dia suamiku ".

Al Atabi meneruskan pertanyaannya " kamu ini cantik dan menawan, bagaiman kamu dapat bersabar dengan suami yang hodoh seperti itu ? ".
" Sesungguhnya, ini adalah sesuatu yang menghairankan. " lalu dijawab wanita itu ",
" Barangkali kerana mendapatkan wanita sepertiku, maka ia  bersyukur. Dan aku mendapatkan suami seperti dirinya, maka aku bersabar.
Bukankah orang yang Sabar dan Syukur adalah termasuk Penghuni Syurga ? " Tidak layakkah aku bersyukur kepada Allah atas kurniaan ini ? ".

Dan benarlah pesan Rasulullah. " Wanita itu dinikahi kerana empat iaitu hartanya, kedudukannya, kecantikkannya dan agamanya.
Maka pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu akan beruntung.
( HR. Bukhari dan Muslim ).

Wanita yang baik agamanya, ketika kaya dia tidak sombong.
Dia justeru dermawan suka berinfaq dan mendukung perjuangan dakwah suami dengan hartanya.

Wanita yang baik agamanya, ketika ia memiliki kedudukan tinggi dan nasab yang mulia, ia tidak menghina orang lain. Dia juga mampu menjadi wanita yang mulia dan menggunakannnya untuk membela kebenaran.

Wanita yang baik agamanya, ketika ia cantik ia tidak membuat suaminya resah.
Kerana dia mampu menjadi penghibur hati dan penyejuk mata bagi suaminya yang tercinta.

No comments: