20 Mar 2014

Ini Untuk Awak.

             Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Masih terus bernafas. Masih mampu terus beramal dan yang paling penting Masih mampu menggangkat tangan untuk berdoa. Hari ini last day sekolah tapi tidak pergi, duduk rumah baca buku, phone n tolong ibu itu jelah yang mampu dilakukan.

Dulu kita beri dia peluang, but sekarang ianya sekadar sebuah soalan yang sepatutnya di isi dengan sebuah jawapan tetapi di biarkan kosong. Seringkali dikecewakan, seringkali diketepikan. Oleh sebab itu, mengambil jalan duduk menyendiri. Menelaah buku yang berfaedah berfikir dan bertasbih.

Berkata Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani: Dinding agama sedang runtuh, orang sibuk merayukan pertolongan disana-sini untuk membina dinding yang runtuh itu semula. Sungai agama sedang kekeringan, namun Allah tidak diperdulikan dan tidak disembah sebagaimana sang hamba menyembah Tuhannya. Kalau pun disembah, maka itu semata-mata sembahan menunjuk-nunjuk penuh dengan kepura-puraan. Tanyalah dirinu, siapa yang akan dapat membantu membina dinding agama yang runtuh itu ?
Siapakah pula yang dapat mengalirkan air didalam sungai yang kering kontang itu ? Ulama yang disekitar banyak yang bermuka-muka dan wang ringgit, Munafik !!! Maka siapa yang dapat menyingkirkan semua mereka itu ? Kalau tidak Allah ! Kalau tidak Allah yang patut disembah dengan sebenar-benar sembahan.

    Gunung Thursina Lambang Kesucian
Hati itu tempat simpan semua rahsia. Kalau rahsia yang hendak disimpan baik, tempat itu perlu dibersih-disucikan supaya Nur cahaya yang baik itu masuk menempati muka hati. Tetapi jika yang disimpan itu segala khazanah dunia yang penuh dengan daki dan karat, mahukah Nur Muhammad akan duduk bersama-sama didalam sebuah wadah yang penuh kekotoran itu, fahamkanlah ibarat ini baik-baik.
Gunung Thursina ialah ibarat hatimu, demikian kata Syekh Abdul Qadir. Tidak ada iblis atau syaitan yang dapat berhadapan dengannya, apatah lagi melihatnya atau merosakkannya. Dia juga kebal tidak dapat ditakluki oleh mana-mana pemerintah didunia ini. Bukankah Allah sampai bersumpah dengan nama Gunung Thursina ini ? Dia juga telah memilih tempat itu untuk berbicara dengan Nabi Musa a.s seorang Nabi, kekasih dan kalimNya, yakni orang yang di pilih untuk berbicara denganNya. Disitulah, Allah berbicara kepadanya, maka lapanglah hati yang kecik itu hingga merangkumi jin, manusia dan malaikat. Apabila tidak ada lagi pandangan yang sisa tinggal didalam hati itu terhadap yang lain kecuali hanya kepada Allah, maka Allah pun menarik hati itu untuk datang berdekatan dengan Dia. Begitulah.

Insan berubahlah kearah kebaikan, tiada siapa yang rugi.
Diri kamu tidak rugi, malah masyarakat disekeliling juga mendapat manfaat. Ianya kerana ramai diluar sana hanya mahu mengambil kesempatan sahaja. Ingatlah kita hidup didunia hana sekejapppp sahaja. Andai kamu peroleh bahagia ingat ianya bukan untuk selamanya. Andai dalam kedukaan ingatlah insan ianya untuk sementara.

Ikhlaskanlah diri hanya pada yang Maha Esa.
Basahi bibirmu mengingatiNya.

No comments: