1 Jul 2013

Mencintai Allah dan Melembutkan Hati.



Assalamualaikum.
Semoga di waktu lapang kita gunakan untuk mengingati Allah.
Secara tidak langsung lembutkan hati kita.
Insya Allah.



Melembutkan Hati.

Ingat Allah akan datang kepada seseorang ketika masa lapangnya.
Alangkah banyaknya masa lapang yang kita gunakan untuk berseorang diri 
Apa lagi pada waktu akhir malam yang sunyi sepi.

Apabila kita ingatkan Allah, mengambil pengajaran dan iktibar daripada
Apa yang terjadi di sekeliling akan menjadikan lembut hati 
Dan dengan tidak disedari mengalir air mata membasahi pipi,
Semoga Allah mengampunkan segala dosa kesalahannya.
Ia kerana termasuk dalam golongan orang yang bakal
Mendapat bayangan teduh Allah pada Hari Kiamat nanti seperti didalam hadis :

" Seorang yang mengingati Allah ketika sunyi lalu mengalir air matanya. "

Dalam hadis, ada dinyatakan bahawa Rasulullah bersabda sebaik tiba ramadhan yang bermaksud :

" Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadhan.
Pertama, mengucapkan Istighfar ( memohon keampunan ).
Kedua, Memperbanyakkan ucapan Syahadah dan Selawat.
Ketika, berdoa meminta syurga.
Keempat, memohon keredhaan Allah.

 ( HR Al-Baihaqi )



Mencintai Allah.

Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai.
Kemuncak cinta, ada orang masuk Syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan 
dihumbankan ke Neraka gara-gara cinta.
Cinta yang bagaimana boleh bawa seseorang ke Syurga 
Dan kenapa ada yang masuk Neraka lantaran cinta ?

Setiap individu yang berperasaan pasti akan merasai cinta dan mencintai sesuatu.
Cinta adalah perasaan halus yang dimiliki hati setiap insan,
Dan tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seharian.
Dalam Islam, cinta merupakan perkara utama dalam kehidupan
Dunia dan Akhirat.
Ini kerana Islam sendiri merupakan agama yang berasaskan cinta.

Sabda Rasulullah :

"Tiga perkara yang apabila terdapat pada diri seseorang 
Maka ia akan mendapat manisnya Iman,
Yakni, Allah dan RasulNya lebih ia cintai daripada yang lain.
Mencintai seseorang hanya kerana Allah 
Dan benci untuk kembali kepada kekafiran sebagaimana ia tidak suka 
Dilemparkan ke dalam Neraka.

( HR Bukhari dan Muslim )

Oleh yang demikian,
Islam menyeru kepada cinta.
Iaitu cinta kepada Allah,
Cinta kepada Rasulullah,
Cinta kepada Agama,
Cinta kepada Iman,
Cinta kepada Makhluk ,
Sepertimana Allah menjadikan kecintaan Suami Isteri sebagai 
Sebahagian tanda dan bukti kekuasaanNya,
Dalam ayat ini :

" Dan di antara tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri
Dari kalangan kamu sendiri.
Supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka.
Dan dijadikanNya cinta kasih sayang antara kamu.
Sesungguhnya pada demikian itu tanda bagi orang yang berfikir. "

( Ar-Rum 21)

Jelaslah bahawa cinta adalah tanda kehidupan rohani dalam akidah mukmin,
Sama ada dalam kehidupan beragama, sosial mahupun kepercayaan.
Selain itu, Iman dalam Islam ditegakkan berdasarkan cinta dan kasih sayang

" Demi Dzat yang diriku ada di tanganNya,
Kamu tidak akan masuk Syurga sehingga kamu beriman 
Dan kamu tidak akan beriman dengan sempurna hingga kamu saling mencintai.
Hendakkah aku tunjukkan kalian kepada sesuatu yang jika kalian lakukan 
Kalian akan saling mencintai ?
Sebarkan Salam di antara kalian.


( HR Muslim )


Dalam hadis di atas, 
Rasulullah SAW menegaskan bahawa jalan menuju ke Syurga bergantung kepada Iman
Dan Iman bergantung kepada cinta.
Maka cinta adalah syarat dalam Iman
Rukun dalam akidah
Dan asas dalam Agama.
Cinta dalam Islam adalah kaedah dan sistem yang mempunyai batas.
Ia adalah petunjuk ke arah mendidik jiwa, membersihkan akhlak,
Serta mencegah atau melindungi diri daripada dosa-dosa. 
Cinta dapat membimbing jiwa agar bersinar cemerlang
Penuh dengan perasaan cinta dan dicintai.

Sayangnya dalam konteks hari ini,
Cinta yang lahir sarat hawa nafsu dan menyimpang daripada matlamat yang murni.
Saban hati kita didodoikan dengan lagu cinta dan dipertontonkan kisah cinta 
Yang menhanyutkan kita ke dunia khayalan yang merugikan.
Malah ramai yang menyalah ertikan makna sebenar cinta,
Sehingga terdorong melampai batas pergaulan dan tatasusila seorang mukmin.

Oleh demikian, renungilah hakikat " cinta " ini agar kita tidak terlajak di dalam memahami erti Cinta yang sebenar.
Perhatikan dua hadis Nabi SAW berkenaan cinta :

" Tidak sempurna Iman salah seorang dari kamu sehingga ia
Mencintai saudaranya seperti ia mencintai dir sendiri. "
\
\" Barang siapa ingin mendapatkan manisnya Iman,
Maka hendaklah ia mencintai orang lain kerana Allah. "


Brigezz 17







No comments: