Assalamualaikum.
Selamat Sejahtera.
Alhamdulillah.
Cuti sekolah tamat.
Time to Fokus back.
Okaylah, cuti nie.
Sedar tak sedar dah sampai Singapore dah. Ish2
Jangan Lalai Dari Berzikir.
Hendaklah berhati-hati supaya tidak lalai dari berzikir pada setiap masa dan waktu,
Kerana lalai dari menginggati Allah itu menimbulkan bahaya yang besar.
Sabda Rasulullah ;
Barangsiapa yang duduk di suatu tempat,
Seraya tiada mengingati Tuhan ketika itu,
Melainkan ia akan merasakan penyesalan.
Adakalanya syaitan turut menguasai manusia yang lalai itu,
Lalu dihalanginya orang itu dari berzikir kepada Tuhan,
Disebabkan kelalaian yang telah membelengui dirinya.
Firman Allah Ta'ala ;
Dan siapa yang membelakangi berzikir ( mengingati ) kepada Tuhan Ynag Maha Pemurah,
Akan Kami jadikah baginya syaitan yang akan menjadi rakan kepadanya.
Firman Allah Ta'ala ;
Syaitan telah menguasai ke atas diri mereka,
Sehingga ia melupakan mereka dari mengingati Allah.
Bagi seorang Mu'min haruslah ia berzikir kepada Tuhan sebanyak-banyaknya,
Sebagaimana sebaliknya sifat seorang Munafiq tiada berzikir kepada Tuhan melainkan sedikit saja.
Allah Ta'ala telah berfirman ketika mensifatkan orang-orang Munafiq, berbunyi ;
Mereka riya' kepada manusia dan tiada berzikir kepada Allah kecuali sedikit sekali.
Dalam melazimkan diri berzikir kepada Allah Ta'ala dan membiasakan amalan zikir itu adalah Senjata untuk menghalau syaitan dan mencegah waswasnya,
Sebagaimana bunyi sebuat riwayat ;
Sesungguhnya syaitan itu membekit hati manusia,
Jika ia berzikir kepada Allah syaitan terpukul dan merasakan kepanasan kalimah Allah.
Jika ia alpa, syaitan akan kembali menguasai dirinya dan mewaswaskannya lagi.
Oleh itu,
Wahai Umat Islam sekalian terutama Melayu !
BangkitlaH dari kelalaian anda.
Maka dituntut membiasakan diri dan melazimkannya berzikir kepada Allah Ta'ala
Pada setiap waktu dan keadaan.
Sekali peristiwa pernah seorang lelaki berkata kepada Rasulullah SAW.
Duhai, Rasulullah ! Engkau telah mengajarku banyak dari hukum-hukum Islam.
Kini perintahkanlah aku untuk membuat sesuatu yang boleh aku bergantung kepadaNya.
Jawab baginda ; Biasakan lidahmu dengan berzikir kepada ALLAH.
No comments:
Post a Comment