12 May 2013

It' Coming.


AssalamualaikuM.



Jom mulakan persediaan !



Terasa begitu singkat masa. Sedar-sedar, sudah berada di Rejab rupanya.

Rejab. Bila bercakap tentang Rejab, barangkali ada yang mungkin akan bertanya, 
'' Apa kelebihan Rejab ? Apa kelebihan berpuasa dalam Rejab ?

Itu sudah menjadi kebiasaan majoriti kita. Mana mungkin ' bekerja tanpa upah '.

Maka, ramailah yang berdalilkan hadis-hadis palsu sebagai rujukan amal.

Saya tidak ingin membahaskan tentang sebarang hadis berkaitan kelebihan Rejab.
Bagi saya kelebihan Rejab ada satu bagi majoriti kita.

Satu sahaja ? Huh, apa dia yang satu tu > ?

Berada di Rejab menandakan kita semakin mendekati gerbang TAQWA, iaitu bulan Ramadhan.

Itulah sahaja kelebihannya. Justeru, bagaimana menghargai kelebihan itu ?


WARMING UP UNTUK RAMADHAN.

COUNTDOWN UNTUK MEREBUT SIJIL TAQA, BERSEDIAKAH KITA ?


Biasanya, countdown dilakukan untuk hari-hari tertentu sahaja yang dianggap penting.
Umpamanya hari kebangsaan, sambutan-sambutan atau event-event tertentu sahaja.

Justeru, mari kita masukkan dalam kelendar hidup kita satu event penting yang tidak sepatutnya ditinggalkan oleh seorang muslim.


No comments: