11 Feb 2013

Dosa itu penghalang.

AssalamualaikuM,
Selamat Pagi,
Moga kite teruskan pagi kite dengan Bertahajud dan sujud kpd yg Maha Berkuasa. :D


‎"Anak yang berjaya bukan anak yang berjaya berkerjaya, mewahkan kehidupan ibu ayahnya. Tapi anak yang berjaya adalah anak soleh yang membawa ibu ayahnya turut serta menikmati Syurga bersama-sama."


Maniskan iman, Maniskan Senyuman.

Dosa itu ibarat virus.
Dia akan memakan jiwa kita, sekaligus melemahkan Roh kita.
Membuatkan kita semakin lambat melakukan ibadah,
dan semakin lama semakin jauh daripada ALLAH SWT.

Allah dekat dengan kita, tetapi kita yang berlari menjauhiNya dengan melazimi dosa-dosa.

Satu dosa kita lakukan, satu bintik hitam pada jiwa.
Justeru untuk mendapatkan semula kekuatan dan kesucuan,
dosa-dosa perlu dilawan dengan taubat, sentiasa berzikir dan membuat kebaikan.

Sehari 24 jam, tidak akan bertambah dan berkurangan.
Sama ada kita isi jam-jam tersebut dengan kebaikan, ataupun sebaliknya !
Tidak bertambah masa, bahkan makin berkuranglah ia, 
justeru setiap masa adalah waktu berharga untuk menambah kebaikan di dalam kantung amalan.
Memang sukar buat kebaikan senantiasa,
tapi cubalah kerapkan berzikir padaNya didalam hati pun memadai.



TAUBAT SEBELUM TERLAMBAT

بسم الله الرحمن الرحيم


"Dosa umpama pohon yang tumbuh di dalam hati. Semakin lama dosa itu dibiarkan tanpa dicabut keluar, maka semakin kuat cengkaman akar dosa itu di dalam jiwa seseorang.
dosa umpama benih pohon kejahatan yang bersemi di dalam hati. Mula-mula dia bercambah, mengeluarkan akar, batang, dahan, ranting & daun-daun."

Catatan & penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah

Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin Ya Rabbal'alamin

Dosa penghalang untuk taat kepada Allah. Sedangkan taat itu menjamin keselamatan kita di dunia & akhirat.
Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman supaya kamu beruntung."
(An-Nur, 24: 31).

Wasalamu.

No comments: