13 Jan 2013

Sekiranya.



Pilihan hidup.
Takutkan azab, tamakkan keampunan.


Jika tidak dapat mengucapkan perkataan yang baik maka banyakkanlah diam. Jika dirasakan memberi nasihat terlalu berat cukuplah dengan meghulurkan doa dan munajat.

Allah tidak menciptakan manusia itu bodoh tapi kebijaksanaan yang berbeza.
Justeru itu, catilah kebijaksanaan itu kerana itulah saluran kita untuk berbakti.


Inginlah akhirat itu asas kehidupan.




Sekiranya inilah detik terakhir.


Memberi bukan untuk menerima
Menabur budi bukan untuk dianggap berjasa.

Bukan itu yang diburu sejak mula
menyebu kebaikan meragut keikhlasan.

Tidak mengapa jika tidak dikenang asalkan segalanya menghadirkan rasa ketenangan.

Sesungguhnya kerana dia lah segalanya.
Jika sanggup datang mesti sanggup pulang, bertemu tidak jemu berpisah tidak gelisah, bertemu pasti berpisah, dan perpisahan ini adalah untuk pertemuaan semoga kembara kita di dunia akan sama ke destinas nya yakni syurga abadi.

Pandanglah kebawah utk insaf akan nikmat yang melimpah.
Pandanglah keatas utk sedar akan amalan yg terbatas.

Terkadang orng yg benar akan terhina kerana salah dalam menegakkan kebenaran,
Adakalanya juga mereka yg salah menjadi mulia disebabkan berhati-hati dalam membaiki kesalahan.

Ya ALLAH, jika aku salah ampunilah aku, hadirkanlah dalam jiwa ini ketakwaan, sucikanlah ia kerana engkau sebaik-baik yang menyucikan.
sesungguhnya engkaulah pelindung dan sebaik-baik pelindung.

Akhirilah hidup ku dgn mndapat kemulian dari mu.

No comments: