4 Jan 2013

Besar makna Bismillah :)

Kebanyakkan kita menyebut Bismillah.
tetapi tidak tahu akan nilai sebenar kalimah tersebut.

Apa maksud kita menyebut Bismillahir Rahmanir Rahim ketika kita bergerak,minum,
makan,berdiri,ketika hendak masuk atau keluar,dalam tulisan,surat dan dalam semua urusan harian kita.

Maksudnya begitu indah sekali, pertamanya kita dapat merasai yang kita mencontohi Allah SWT.
Allah membuka kalamnya dengan sebutan Bismillahir Rahmanir Rahim.
Sebutan ini merupakan satu tiket anugerah untuk kita mulakan amalan harian dan menikmati seluruh kebaikan.
Jika kita memahaminya kta akan tahu kenapa rasul kesayangan kita Nabi Muhammad SAW begitu prihatin membaca Bismillah setiap masa dan keadaan.
Hinggakan Rasulullah SAW ada bersabda : Setiap perkara penting yang tidak dimulakan dengan Bismillah maka dia terputus atau cacat atau terpotong.

Setiap insan apabila melakukan sesuatu yang dia rasakan dirinya mengikut Allah SWT dan RasulNya SAW,
merasakannya begitu bernilai.
Maksudnya indah.

Kita rasakan, nama Allah SWT adalah satu anugerah atau teknik yang diberikan kepada kita.
Satu anugerah yang dapat kita gunakan dalam menangani semua perkara yang ada di dunia ini, 
semua ciptaan adalah milik Allah, bumi, langit, kejadian, material, peralatan dan cahaya, semuanya adalah
ciptaan tuhan kita.

Jika kita tangani alam ini dengan nama Allah SWT, bagaikan kita membuka seluruh peti karun yang terdapat di dalam setiap zarah yang  ada di dunia ini.

Maha suci Allah SWT, setiap perkara ada hikmahnya, kebaikannya, keberkatannya, seluruh ciptaan Allah SWT mempunyai misteriNya tersendiri.
Jika kita tangani ciptaan tersebut atau urusan kerja atau alam ini dengan menyebut Bismillah,
Allah SWT akan muliakan kita dengan anugerah keberkatan daripadaNya.

Kalau seseorang itu membaca Dengan Bismillah, "dengan namanya takkan ada kemudaratan
di dunia atau di langit, Dia maha mendengar dan mengetahui.

Tidak ada yang dapat memudaratkannya.

Bacaan ini dinyatakan oleh Nabi SAW

Rasul kesayangan kita Nabi SAW begitu minat dan sukakan bacaan basmalah ini hinggakan pada suatu hari dia membacanya dalam solat.

Membaca : Bismillahir Rahmanir Rahim dan mengulanginya sekali lagi dan mengulanginya sehingga 20 kali dalam satu masa.

Saya tak tahu apa yang dirasai oleh rasul kesayangan ketika Dia mengulangi bacaan Basmalah.
Saya begitu mengharao ada antara kita merasai emosi seperti itu.
Dia dapat merasai emosi tersebut tahu nilai basmalah.
Lalu menjadi teman sepanjang kehidupannya.

Basmalah, Maha Suci Allah, satu zikir yang digunakan pada semua perkara.
Awak mempunyai urusan yang hendak diuruskan, jika seseorang itu lupa doa atau zikir yang sesuai dibaca pada sesuatu tempat maka bacalah dengan Bismillah,kerana Bismillah dibaca pada permulaan semua doa, zikir dan kerja dengan membaca Bismillahir Rahmanir Rahim.

Seakan-akan Bimillahir Rahmanir Rahim kunci milik Allah SWT. yang diberikan kepada kita dengannya kita dapat membuka seluruh pintu kebaikan. Mengambil manfaat dari setiap ciptaan dan kejadiaan yang berlaku disekeliling kamu, menjauhi diri kamu dari bahaya segala kejadian yang berlaku disekeliling kamu.

Bila manusia dapat merasai emosi tersebut dia takkan lupa dan leka dari membaca basmalah, bahkan akan hidup dengan penuh bermakna dengan merasai kelazatan iman yang bermutu tinggi.

Seperti seseorang yang hendak bermusafir takkan dapat melakukannya melainkan dia mempunyai pasport, mustahil dia lupa tentang pasport kerana dengannya dia lalui satu negara ke negara yang lain juga apabila menaiki kenderaan.
Kad, lesen dan semua kemudahan tersebut adalah satu perlepasan atau sebab mereka sampa ke sesuatu destinasi. 
Manusia takkan lupa nilai dan pentingnya benda tersebut.

Bismillahir Rahmanir Rahim terdiri dari 19 huruf iaitu mengandungi 190 kebaikan, setiap huruf kita gandakan sehingga dapat 700 ribu kebaikan dari Allah SWT.
Lihatlah berapa kali manusia membaca basmalah dalam sehari, mungkin 50 kali, 100 kali mungkin lebih dari itu.

Di sini kita baru tahu nilai didikan rasul kesayangan SAW.

Benar, manusia terikat dengan sunnah ini ketika malam, siang, ketika bersendirian atau dikhalayak pada setiap keadaan


Katakanlah jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku (Nabi) miscaya Allah mencintaimu.
[Surah Ali Imran : 31]


Hati seorang sahabat itu peka,
Kerana dia behubung dengan jiwa sahabatnya,
Menyayanginya melebihi diri sendiri,
Atas dasar mencari redha Ilahi.

-J-


No comments: