26 Dec 2012

BerilaH pahala sebagai hadiah.

Kedatangan Baginda membawa rahmat buat seluruh alaM.
"Tegakkan syariah, hidupkan sunnah, sebarkan mahabaH.
dan mantapkan ibadaH.

Buatlah fitnah apa sekalipun, katakanlah apa yang nak dikata,
Cacilah aku, makilah aku, buatlah apa yang kamu mahu !

" Sampai mati aku akan terus berdakwah !!!
-Ustaz Azhar Idrus-


HadiaHkan pahala kita pada orang lain ???
ade ke ?

Mereka yang hampir dengan Allah membahagi-bahagikan ganjaran kerohanian hasil dari ibadat 
dan amal salehNya dengan niat untuk menghadiahkan pahala amalan salehNya kepada orang-orang yang berdosa. Allah dengan rahmatNya mengampunkan dosa-dosa hamba-hambaNya yang berdosa itu
hasil dari pembahagian sebahagian pahala dan ganjaran yang diperolehi oleh hamba-hambaNya
yang saleh itu.

Tegasnya, orang-orang sufi dalam kategori ini sangat merahmati orang-orang awam yang lalai
dan selalu menyia-nyiakan dirinya.
Amalan mereka kurang,malah dosa semakin bertambah.
Orang seperti ini adalah dalam bahaya yang besar,
 namun mereka tidak sedar,
 dan terus hidup dalam kelalaian.

Sebab itulah kaum sufi ini merasa kasihan terhadap kelompok orang-orang ini,
sehingga semua amalan baik dan bakti yang dikerjakannya itu,
bukan bertujuan untuk meraih pahala yang banyak untuk diri sendiri di hari pembalasan,
bahkan dihadiahkan kesemua pahala itu buat kelompok orang-orang yang lalai dan berdosa tadi.
Mereka sekalian dianggap miskin, tidak punya amalan yang baik yang bakal mendinding diri
mereka dari api neraka dan azb siksa di akhirat. Kerana itulah mereka dizakatkan dari amalan
yang dibuat oleh orang-orang sufi itu, supaya timbangannya nanti menjadi berat.

Orang-orang sufi di tinggal kosong dirinya dari hartabenda keduniaan. Bahkan semua pahala yang diraih dari amalan-amalan kebajikannya pula sudah dihadiahkan kepada orang lain.
Jadi mereka tidak punyai apa-apa. Kebaktiannya di dunia bukan kerana harta dan pangkat,
dan kebaktiannya buat akhirat bukan kerana inginkan balasan dan pahala yang banyak.
Namun semua yang dilakukannya itu adalah untuk Allah, dan semata-mata kerana Allah.
Dirinya hamba dan Dia adalah tuhannya. Dan sikap hamba mestilah menurut kessemua perintah
tuan, kerana menunjukkan kepatuhan mutlak, bukan kerana mencari keuntungan dengan balasan pahala atau sebagainya. Orang yang membelanjakan segala harta miliknya dan tidak mengharapkan balasan apa-apa pun
adalah dalam peliharaan dan jagaan Allah di dunia dan di akhirat.

Seorang wanita Wali Allah yang bernama Rabi'ah Al-'Adawiyah pernah berdoa kepada Allah,
yang lebih kurang maksudnya =
Wahai tuhanku, Berikanlah semua bahagian (harta) aku dalam dunia ini kepada yang memerlukan
dan sekiranya ada ganjaran bagiku di akhirat nanti, Berikanlah semua ganjaranku itu kepada hambaMu
yang beriman. Aku hanya menyintaiMu. Aku hanya mahu bersamaMu. Itu saja yang hamba pinta dariMu,
kerana manusia dan apa yang dimilikinya, untuk sementara, adalah sebenarnya milikMu jua.

Itulah yang dipinta oleh semua Abid yang sufi, yang merindui Tuhannya. Bukan harta kekayaan dan kemewahan yang dimintanya untuk mengecap dalam kehidupan ini.
Namun kalau dimintanya, nescaya akan diberikan Tuhan kepadanya.
Dan bukan pula pahala dan ganjaran akhirat yang banyak yang diharapkan.
Malah yang ada untuknya pun, semuanya sudah dihadiahkan kepada orang lain.
Yang dikejarnya dan dicita-citakannya tiada yang lain,
melainkan kecintaan Allah Ta'ala, keridhaanNya, rahmatNya, belas-kasihanNya, ampunan dan maghfiratNya, perlindunganNya, pemerhatianNya, kehampiran diri kepadaNya, duduk bersama-sama disisnya untuk mengecap nur dan cahayaNya dan terakhir sekali melihat WajahNya. 
Itulah kemuncak pengurniaan Allah.
Sebab itulah hati mereka tidak pernah berhenti untuk merinduiNya.


AssalamualaikuM,
BRIGEZZ < 3








No comments: